IJTIHAD DAN TAQLID - infoblogmu.com
Headlines News :
Home » » IJTIHAD DAN TAQLID

IJTIHAD DAN TAQLID

Written By radjie ahmad on Sabtu, 14 Januari 2012 | 11.52

Ijtihad ialah perbuatan atau usaha untuk mengeluarkan hukum-hukum yang tidak terdapat nas (teks) yang jelas yaitu nas yang tidak mengandungi kecuali satu makna tentangnya.
Oleh karena itu, mujtahid (orang yang mampu berijtihad) ialah orang yang memiliki keahlian dalam ijtihad. Seorang mujtahid ialah orang yang mengingati ayat-ayat ahkam, hadis-hadis ahkam serta mengetahui sanad-sanad dan keadaan para perawinya, mengetahui nas-nas yang nasikh dan mansukh, yang 'am dan khas, yang mutlaq dan muqayyad serta benar-benar mengetahui bahasa Arab dengan mengingati permaknaan-permaknaan bagi setiap nas sesuai dengan bahasa al-Quran, juga mengetahui perkara yang telah disepakati oleh para ahli ijtihad (mujtahidin) dan perkara yang telah diperselisihkan di kalangan mereka. Ini kerana jika seseorang itu tidak mengetahui perkara ini maka berkemungkinan dia menyalahi ijmak (kesepakatan) para ulama sebelumnya.
Selain syarat-syarat di atas, masih ada satu lagi syarat yang menjadi rukun yang sangat besar yang mesti dipenuhi dalam berijtihad yaitu kekuatan pemahaman dan pemikiran. Kemudian disyaratkan juga memiliki sifat  selamat dari dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil yang jika dikira secara perbandingan maka jumlah dosa kecilnya didapati melebihi jumlah amalan baiknya.
Taqlid berarti juga  perbuatan atau usaha untuk mengikuti pendapat para mujtahidin seperti para imam mazhab yang empat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Shafi'i dan al-Imam Ahmad. Orang yang bertaqlid diberi gelar sebagai muqallid. Seorang muqallid ialah orang yang belum sampai kepada darjat keahlian mujtahid.
 Dalil yang menunjukkan bahawa orang Islam terbagi kepada dua tingkatan ini ialah hadis Nabi sollaLlahu ^alay-hi wa sallam:
نضر الله امرأً سمع مقالتي فوعاها فأداها كما سمعها, فرب حامل مبلغ لا فقه عنده
Maksudnya: “Allah memberi kemuliaan kepada seseorang yang mendengar perkataanku, kemudian dia menjaganya dan menyampaikannya sebagaimana dia pernah mendengarnya. Betapa ramai orang yang menyampaikan tidak memiliki pemahaman” [Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ibn Hibban]
Tumpuan dalil ialah pada lafaz: (فرب حامل مبلغ لا فقه عنده) yang bermaksud: “Betapa ramai orang yang menyampaikan tidak memiliki pemahaman”.
Dalam riwayat yang lain disebut juga
فربّ حامل فقهٍ لا فقه له, وربّ حامل فقه إلى من هو أفقه منه
Maksudnya: “Maka betapa ramai pembawa (dalil) fiqh tidak memiliki pemahaman, dan betapa ramai pembawa (dalil) fiqh (menyampaikan dalil) kepada orang yang lebih faham daripadanya” [Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad]
Lafaz-lafaz hadis tersebut memberi kefahaman kepada kita bahawa di kalangan sebahagian orang yang mendengar hadis daripada RasuluLlah sollaLlahu 'alay-hi wa sallam ada yang hanya meriwayatkan saja dan pemahamannya terhadap kandungan hadis tersebut adalah kurang dibanding dengan pemahaman orang yang mendengar hadis tersebut daripadanya. Orang yang kedua ini dengan kekuatan pemikiran dan pemahamannya dia memiliki kemampuan untuk menggali dan mengeluarkan hukum-hukum dan masalah-masalah (yakni mampu melakukan istinbat hukum) yang terkandung dalam hadis tersebut. Oleh karena itu, kita dapat mengetahui bahawa sebagian para sahabat Nabi ada yang pemahamannya  kurang dibanding dengan para muridnya sendiri atau orang yang mendengar hadis daripadanya.
Mujtahid dengan pengertian inilah yang dimaksudkan oleh hadis Nabi sollaLlahu ^alay-hi wa sallam:
إذا اجتهد الحاكم فأصاب فله أجران وإذا اجتهد فأخطأ فله أجر
Maksudnya: “Jika seorang penguasa berijtihad lalu betul (ijtihadnya) maka baginya dua pahala, dan jika dia berijtihad lalu salah (ijtihadnya) maka baginya satu pahala” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Penguasa (الحاكم) dalam hadis ini disebut secara khusus karena seorang penguasa lebih memerlukan aktivitas ijtihad dibanding dengan orang lain. Ada di kalangan para ulama salaf yang menjadi penguasa sekaligus sebagai mujtahid seperti Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq, Sayyidina Umar, Sayyidina Utsman, Sayyidina Ali, Sayyidina al-Hasan ibn Ali, Sayyidina Umar ibn Abdil Aziz, Sayyidina Shurayh al-Qadi dan selain mereka.
Para ulama hadis yang menulis dalam ilmu mustalahul-hadith ada yang menyatakan bahwa ahli fatwa dari kalangan sahabat hanya kurang dari sepuluh orang yaitu sekitar enam orang sahabat menurut suatu pendapat. Sebagian ulama lain pula berpendapat bahawa ada sekitar dua ratus orang sahabat yang mencapai darjat mujtahid, dan ini pendapat yang lebih sahih. Jika para sahabat saja sedemikian keadaannya, maka bagaimana mungkin setiap orang muslim yang mampu membaca al-Quran dan mentelaah beberapa kitab berani berkata: “Mereka (para mujtahid) adalah manusia dan kita juga manusia, maka tidak sepatutnya kita kita bertaqlid kepada mereka”. Sedangkan telah terbukti dengan data yang sahih dan munasabah bahawa kebanyakan ulama salaf bukan bertaraf mujtahid, bahkan mereka mengikuti yaitu bertaqlid kepada ulama yang bertaraf mujtahid yang ada di kalangan mereka.
Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari bahawa seorang pekerja sewaan telah melakukan zina dengan isteri majikannya. Lalu ayah pekerja tersebut bertanya tentang hukuman yang patut dikenakan kepada anaknya, maka ada yang mengatakan: “Hukuman kepada anakmu ialah membayar seratus ekor kambing dan memerdekakan seorang hamba perempuan”. Kemudian si ayah itu bertanya lagi kepada ahli ilmu, maka mereka menjawab: “Hukuman kpada anakmu ialah dicambuk seratus kali dan diasingkan selama satu tahun”. Kemudian akhirnya, si ayah itu datang kepada RasuluLlah sollaLlahu 'alay-hi wa sallam bersama suami perempuan tadi dan berkata: “Wahai RasuluLlah, sesungguhnya anakku ini bekerja dengan orang ini, lalu dia berzina dengan isterinya. Ada orang berkata kepadaku bahawa hukuman kepad anakku ialah rajam, lalu aku mau menebus hukuman rajam itu dengan bayaran seratus ekor kambing dan memerdekan seorang hamba perempuan. Kemudian aku bertanya pula kepada para ahli ilmu dan mereka menjawab bahawa hukuman kepada anakku ialah dicambuk sebanyak seratus kali dan diasingkan selama setahun”. RasuluLlah sollaLlahu 'alay-hi wa sallam bersabda; mafhumnya: “Aku pasti memberi keputusan hukum kepada kamu berdua dengan KitabuLlah. Oleh karena itu, hamba perempuan dan kambing-kambing itu dikembalikan kepadamu, dan hukuman kepada anakmu ialah dicambuk seratus kali dan diasingkan (dari kampungnya sejauh jarak qasar solat) selama setahun”.
Lelaki tersebut sekalipun seorang sahabat tapi dia bertanya kepada para sahabat yang lain dan jawaban mereka salah lalu dia bertanya lagi kepada para ulama di kalangan mereka hingga kemudiannya RasuluLlah sollaLlahu 'alay-hi wa sallam memberi fatwa yang sesuai dengan jawapan yang telah dikemukakan oleh para ulama di kalangan mereka itu. Dalam kejadian ini RasuluLlah sollaLlahu 'alay-hi wa sallam memberikan pengajaran kepada kita bahawa sebagian sahabat baginda sekalipun mereka telah mendengar hadis dari baginda secara langsung, namun tidak semua mereka memahaminya. Dengan kata lain, tidak semua para sahabat mempunyai kemampuan dan keahlian untuk mengambil hukum dari hadis Nabi sollaLlahu 'alay-hi wa sallam. Mereka ini hanya berperanan sebagai orang yang meriwayatkan hadis kepada orang lain sekalipun mereka benar-benar memahami bahasa Arab yang fasih. Justru, sangatlah aneh orang-orang bodoh berani berkata: “Abu Hanifah, Malik, al-Shafi^I dan Ahmad ibn Hanbal adalah manusia dan kita juga manusia”.
Senada dengan hadis di atas ialah satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Dawud tentang seorang lelaki yang luka di kepalanya. Pada suatu malam yang dingin dia berjunub. Selepas dia bertanya tentang hukum mandi junub kepada orang-orang yang bersamanya, mereka menjawab: “Engkau mandilah!”. Kemudian dia mandi dan meninggal dunia karena kedinginan. Ketika RasuluLlah sollaLlahu 'alay-hi wa sallam dikhabarkan tentang hal ini, baginda bersabda; mafhumnya: “Mereka telah membunuhnya. Semoga Allah membalas perbuatan mereka. Tidakkah sepatutnya mereka bertanya jika memang mereka tidak tahu? Karena obat kebodohan ialah bertanya”. Jadi penawar kejahilan ialah bertanya yaitu bertanya kepada ahli ilmu. Lalu RasuluLlah sollaLlahu 'alay-hi wa sallam bersabda; mafhumnya: “Sesungguhnya sudah cukup bagi orang itu bertayammum dan membalut lukanya dengan kain lalu menyapu kain tersebut dan membasuh (mandi) baki tubuhnya (yang tidak luka)”. Dalam kesempatan ini kita dapat mengetahui bahawa sekiranya ijtihad diperbolehkan bagi setiap orang Islam untuk melakukannya, sudah tentu RasuluLlah sollaLlahu 'alay-hi wa sallam tidak mencela mereka yang bukan ahli fatwa untuk berfatwa kepada orang yang berjunub tersebut.
Kemudian, diantara tugas khusus seorang mujtahid ialah melakukan qiyas iaitu memutuskan hukum sesuatu yang tidak ada nasnya dengan membandingkannya dengan sesuatu yang mempunyai nas kerana ada suatu persamaan dan keserupaan di antara kedua-duanya.
Oleh karena itu, berhati-hatilah dan berwaspadalah terhadap mereka yang menganjurkan para pengikut mereka agar berijtihad, sedangkan mereka sendiri dan para pengikut mereka sangat jauh dari tingkatan  ijtihad. Mereka dan para pengikut mereka adalah para pengacau dan perusak agama. Termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang yang dalam majlis-majlis mereka biasanya mengedarkan lembaran-lembaran tafsir suatu ayat atau hadis, padahal mereka tidak pernah mempelajari ilmu agama secara langsung dengan para ulama. Golongan yang seperti ini adalah golongan yang menyalahi para ulama Usulul-Fiqhi. Ini karena para ulama usul berkata: “Qiyas adalah pekerjaan seorang mujtahid”. Mereka juga menyalahi para ulama ahli hadis. WaLlahu a^lam.
Share this article :

0 komentar:

Review Games

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. infoblogmu.com - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template