ALLAHU MAUJUD BILLA MAKAAN (ALLAH ADA TANPA TEMPAT)
Pendapat Para Ulama Ahlus-Sunnah Wal-Jama'ah
Bahawa Allah Wujud Tanpa Bertempat
Bahawa Allah Wujud Tanpa Bertempat
1. Pendapat Ulama Sepanjang Zaman Selama Lebih 14 Kurun waktu
Kurun Pertama Hijrah:
Misbahul-Tafrid wa Sabahut-Tawhid al-Sahabi al-Jalil wal-Khalifatur-Rashid Sayyiduna 'Ali ibn Abi Talib radiyaLlahu 'anhu wa-karrama wajhah (w. 40 H) berkata[1]:
Misbahul-Tafrid wa Sabahut-Tawhid al-Sahabi al-Jalil wal-Khalifatur-Rashid Sayyiduna 'Ali ibn Abi Talib radiyaLlahu 'anhu wa-karrama wajhah (w. 40 H) berkata[1]:
Maksudnya:
“Allah ada azali, dan tempat tidak ada dan Dia sekarang dengan apa yang Dia ada (wujud-Nya azali tanpa bertempat)”. Intaha.
“Allah ada azali, dan tempat tidak ada dan Dia sekarang dengan apa yang Dia ada (wujud-Nya azali tanpa bertempat)”. Intaha.
Al-Tabi'i al-Jalil al-Imam Zaynul-'Abidin 'Ali ibn al-Husayn radiyaLlahu 'anhuma (w. 94 H) berkata dalam kitabnya al-Sahifatus-Sajjadiyyah[2]:
Maksudnya:
“Engkaulah Allah yang tidak diliputi oleh suatu tempat apapun”. Intaha. [Dinaqalkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin]
“Engkaulah Allah yang tidak diliputi oleh suatu tempat apapun”. Intaha. [Dinaqalkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin]
Kurun Kedua Hijrah:
Al-Imam Ja'far al-Sadiq radiyaLlahu 'anhu (w. 148 H) berkata[3]:
Al-Imam Ja'far al-Sadiq radiyaLlahu 'anhu (w. 148 H) berkata[3]:
“Barangsiapa menyangka bahwa Allah itu berada di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka sesungguhnya dia telah syirik. Ini karena jika Dia ada di atas sesuatu niscaya Dia menjadi suatu yang ditanggung, jika Dia di dalam sesuatu niscaya Dia menjadi suatu yang terbatas, dan jika Dia daripada sesuatu niscaya Dia menjadi suatu yang baru – yaitu makhluk (yang diciptakan) – “. Intaha. [Disebut oleh al-Qushayri di dalam kitabnya al-Risalah al-Qushayriyyahi]
“Allah taala itu ada (azali) dan tempat tidak ada pun sebelum Dia mencipta makhluk. Dan Allah taala itu ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu makhluk yang lain pun tidak ada, dan Dia pencipta segala sesuatu”. Intaha.
Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Shafi'i radiyaLlahu 'anhu (w. 203 H) berkata[5]:
“Sesungguhnya Dia (Allah) taala ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada (azali) sebelum Dia mencipta tempat. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga penukaran pada sifat-Nya”.Intaha. [Dinaqalkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin]
Al-Imam al-Mujtahid Ahmad ibn Hanbal radiyaLlahu 'anhu (w.
231 H) tidak berpendapat bahwa Allah ada dengan arah sebagaimana
dinaqalkan oleh al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jawzi al-Hanbali (w. 597 H)
dalam kitabnya al-Bazul-Ashhab[6] dan oleh al-Qadi Badrud-Din Muhammad ibn Jama'ah (w. 833 H) dalam kitabnya Idah al-Dalil[7].
Al-Imam al-Faqih Abu Ja'far al-Tahawi radiyaLlahu 'anhu (w. 321 H) dalam risalahnya al-'Aqidatut-Tahawiyyah[8]:
“Allah Maha Suci dari batasan, sakatan, sudut, anggota besar dan anggota kecil sedangkan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk”. Intaha.
Al-Hafiz Muhammad ibn Hibban radiyaLlahu 'anhu (w. 354 H) dalam kitabnya yang masyhur Sahih Ibn Hibban[9]:
“Allah ada (azali), sedangkan masa tidak ada dan tempat juga tidak ada”. Intaha.
Al-Imam Abu Bakr Muhammad ibn al-Hasan yang dikenali dengan panggilan Ibn Furak radiyaLlahu 'anhu (w. 406 H) berkata dalam kitabnya Mushkilul-Hadith[10]:
“(Sifat) mendiami tempat itu tidak harus (pada akal) berlaku kepada Allah taala karena kemustahilan keadaan-Nya itu terbatas dan berpenghujung, dan itu karena kemustahilan keadaan-Nya itu baru”. Intaha.
Al-Faqih al-Imam al-Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi al-Shafi^i (w. 476 H) berkata dalam kitabnya al-Isharah ila Madhhab Ahlil-Haqq[11]:
“Sesungguhnya Allah taala itu ada (azali) sedangkan suatu tempat pun tidak ada. Kemudian Dia mencipta tempat sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat)”. Intaha.
Kurun Keenam Hijrah:
Al-Shaykh Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali al-Shafi'i (w. 505 H) berkata dalam kitabnya Qawa’idul-'Aqa’id[12]:
“Allah Maha Suci dari diliputi oleh suatu tempat pun sebagaimana Dia Maha Kudus dari dibatasi oleh suatu masa pun, bahkan Dia ada (azali) sebelum penciptaan masa dan tempat sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)”. Intaha.
Al-Qadi Abu Bakr Ibnul-'Arabi al-Maliki al-Andalusi (w. 543 H) berkata dalam kitabnya al-Qabas fi Sharh Muwatta’ Malik ibn Anas[13]:
“Al-Bari’ (Allah) Maha Kudus dari dibatasi dengan segala arah atau dilingkungi oleh segala tepian”. Intaha.
Al-Mufassir Fakhrud-Din al-Razi (w. 606 H) berkata dalam kitab tafsirnya yang berjudul al-Tafsir al-Kabir[14]:
“Firman-Nya taala: {وهو العلي العظيم} yang artinya “Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Agung” tidak harus (pada akal) bahawa maksud keadaan-Nya Yang Maha Tinggi itu sebagai tinggi dengan makna arah dan tempat lantaran pembuktian ke atas kebatilannya telah sabit. Oleh karena itu, wajib (pada akal) bahawa maksud Yang Maha Tinggi itu ialah Maha Suci dari penyerupaan dengan segala mumkinat (perkara yang harus ada – makhluk – ) dan persamaan dengan muhdathat (perkara yang baru – makhluk – )”. Intaha.
“(Allah) bukanlah suatu jisim yang memang boleh digambarkan dan bukan suatu jauhar yang memang dapat dibataskan dan diukur. Dan Dia tidak menyerupai sesuatu dan tiada suatu pun yang boleh menyerupai-Nya. Dan Dia tidak diliputi oleh segala arah dan tidak lingkungi oleh segala bumi dan segala langit sedangkan Dia ada (azali) sebelum Dia mengadakan segala makhluk. Dan Dia mentadbir masa sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa berhajat kepada tempat, masa dan sekalian makhluk)”. Intaha.
Al-Qadi Badrud-Din Muhammad ibn Ibrahim yang dikenali dengan nama Ibn Jama'ah al-Shafi'i (w. 733 H) dalam kitabnya Idahud-Dalil[16]:
“Allah ada (azali), dan suatu masa pun tidak ada dan suatu tempat pun juga tidak ada sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)”. Intaha.
Al-Mufassir al-Muqri’ al-Nahwi Muhammad ibn Yusuf yang dikenali
dengan nama Abu Hayyan al-Andalusi (w. 745 H) berkata dalam kitabnya al-Bahrul-Muhit[17] ketika mentafsir ayat 19 surah al-Anbiya’[18]:
“Dan perkataan 'inda di sini tidak dikehendaki dengannya makna keadaan tempat karena Dia taala itu disucikan dari tempat, bahkan makna (yang dikehendaki) ialah kemuliaan kedudukan dan ketinggian martabat”. Intaha.
“Dan tidak lazim daripada keadaan dua arah atas dan bawah yang mustahil keapda Allah itu untuk Dia disifatkan dengan tinggi karena pensifatan-Nya dengan tinggi dari segi makna. Dan mustahil keadaan (tinggi) itu dari segi hissi (pencerapan deria), dan oleh karena itu, (sifat-sifat) al-'Ali, al-'Aliyy dan al-Muta'ali telah warid dalam pensifatan-Nya”. Intaha.
Al-Shaykh Badrud-Din Mahmud ibn Ahmad al-'Ayni al-Hanafi (w. 855 H) berkata dalam kitabnya 'Umadatul-Qari[20]:
“Ditetapkan bahwa Allah bukanlah suatu jisim, maka Dia tidak berhajat kepada suatu tempat yang Dia bertempat padanya, maka sesungguhnya Dia ada azali dan suatu tempat pun tidak ada (bersama dengan keazalian-Nya)”. Intaha.
Kurun Kesepuluh Hijrah:
Al-Hafiz Jalalud-Din 'Abd al-Rahman ibn Abu Bakr al-Suyuti al-Shafi'i (w. 911 H) berkata ketika menguraikan hadis((أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد)) di dalam kitabnya Sharh Sunan al-Nasa’i[21]:
Al-Hafiz Jalalud-Din 'Abd al-Rahman ibn Abu Bakr al-Suyuti al-Shafi'i (w. 911 H) berkata ketika menguraikan hadis((أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد)) di dalam kitabnya Sharh Sunan al-Nasa’i[21]:
“Al-Qurtubi berkata: “Lafaz aqrab (lebih hampir) ini dengan makna tingkatan dan kemuliaan bukannya dengan makna jarak karena sesungguhnya Dia disucikan dari tempat, jarak dan masa. Al-Badr ibn al-Sahib berkata: “Di dalam hadis tersebut ada suatu isyarat kepada penafian untuk Allah taala”. Intaha.
“Zat (Diri) Allah itu disucikan dari sebarang tempat dan arah”. Intaha.
Al-Shaykh Mulla 'Ali al-Qari al-Hanafi (w. 1014 H) berkata dalam kitabnya al-Rawdul-Azhar fi Sharh al-Fiqhil-Akbar[23]:
“Adapun ketinggian Allah taala kepada ciptaan-Nya yang diambil dari seperti firman Allah taala: {وهو القـاهر فوق عباده} [Surah al-An^am, ayat 61], maka (makna ketinggian) ialah ketinggian kedudukan dan martabat bukannya ketinggian tempat seperti yang diakui di sisi Ahlis-Sunnah wal-Jama'ah”. Intaha.
Al-Muhaddith al-Shaykh Muhammad ibn 'Ali yang dikenali dengan nama
Ibn ^Allan al-Siddiqi al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 1057 H) berkata dalam
kitabnya al-Futuhat al-Rabbaniyyah[24]:
“Sesungguhnya Allah di atas setiap yang wujud dari segi kedudukan dan penguasaan bukannya dari segi tempat dan arah”. Intaha.
Al-Shaykh Muhammad ibn 'Abd al-Baqi al-Zarqani al-Maliki (w. 1122 H) berkata dalam kitab huraiannya ke atas Muwatta’ al-Imam Malik[25]:
“Al-Baydawi berkata: “Oleh kerana telah sabit dengan dalil-dalil yang putus bahwa Allah subhanahu Wata'ala itu disucikan dari kejisiman dan pengambilan ruang, maka sifat turun tertahan dari (menjadi sifat-)Nya dengan makna berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lebih rendah darinya”. Intaha.
Al-Sufi al-Zahid al-'Arif al-Shaykh 'Abdul-Ghani al-Nabulusi al-Dimashqi al-Hanafi (w. 1143 H) berkata dalam kitabnya Ra’ihatul-Jannah Sharh Ida’atud-Dujnah[26]:
“Allah subhanahu wa-ta'ala maha suci dari semua tempat yang teratas, terbawah dan suatu yang ada di antara tempat yang teratas dan yang terbawah”. Intaha.
Al-Shaykh Muhaddith Bayrut Muhammad ibn Darwish al-Hut al-Husayni al-Sharif al-Shafi'i (w. 1279 H) berkata dalam kitabnya Rasa’il fi Bayan 'Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama'ah[27]:
“Dan tiada suatu masa pun dan tiada suatu tempat pun masuk dalam kewujudan Allah taala kerana sesungguhnya Dia terdahulu (azali) sebelum sebarang masa dan tempat”. Intaha.
Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Ghanimi al-Maydani al-Hanafi al-Dimashqi (w. 1298 H) berkata dalam kitabnya Sharh al- 'Aqidah al-Tahawiyyah[28]:
“Dan Allah taala itu bukanlah suatu jisim. Oleh karena itu, maka melihat-Nya bukanlah seperti melihat segala jisim. Ini karena sesungguhnya perbuatan melihat adalah kesudahan bagi sesuatu berdasarkan keadaan sesuatu tersebut. Maka barangsiapa yang ada di suatu tempat dan arah tidak dilihat melainkan di suatu tempat dan suatu arah seperti begitulah. Makhluk dilihat dengan cara berdepan, bersambungnya suatu pancaran cahaya dan tetapya suatu jarak. Oleh karena itu, sesiapa yang tidak ada di suatu tempat, tidak juga di suatu arah dan tidak berjisim, maka demikian juga melihatnya tidaklah di suatu tempat dan tidak juga di suatu arah”. Intaha.
Al-Shaykh 'Abdul-Majid al-Sharnubi al-Azhari (w. 1348 H) ketika menghuraikan kitab Ta’iyyah al-Suluk[29]:
“Maka Allah subhanhu Wata'ala tidak dibatasi oleh suatu masa dan tidak ditanggung oleh suatu tempat, bahkan Dia ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu masa pun tidak ada, sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (wujud-Nya azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)”. Intaha.
“Ahlul-Haqq (Ahlis-Sunnah wal-Jama'ah) dari kalangan ulama Salaf dan Khalaf berijmak di atas mensucikan al-Haqq (Allah) dari arah dan mengkuduskan-Nya dari tempat”. Intaha.
Muhaddith al-Diyar al-Maghribiyyah al-Shaykh 'AbduLlah ibn Muhammad al-Siddiqi al-Ghummari (w. 1413 H) dalam kitabnya ^Aqidah Ahlil-Islam[31]:
“Al-Naysaburi berkata dalam tafsirnya: “Adapun firman Allah {ورافعك إليّ}[surah Al 'Imran, ayat 55] maka golongan al-Mushabbihah berpegang dengan semisal firman ini dalam menetapkan tempat bagi Allah dan bahawa Dia di langit, tetapi dalil-dalil yang putus menunjukkan bahawa sesungguhnya Dia maha suci dari ruang dan arah, maka wajib membawa (makna) zahir ini berdasarkan takwil bahawa maksudnya: “ke tempat kemuliaan-Ku”. Intaha.
Al-^Allamah al-Faqih al-Muhaddith al-Hafiz al-Shaykh ^AbduLlah
al-Harari yang dikenali dengan panggilan al-Habashi (w. 1429 H) berkata
dalam kitabnya Izharul-^Aqidah al-Sunniyyah[32]:
“Ahlul-Haqq (Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah) berkata sesungguhnya Allah bukanlah bertempat di suatu tempat iaitu tidak boleh berlaku ke atas-Nya perlakuan menyentuh tempat dan menetap di atasnya”. Intaha.
____________________________________
[2] Muhammad Murtada al-Zabidi, Ithaf al-Sadatil-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 4, hlm. 380.
[3] Abul-Qasim ^Abdul-Karim al-Qushayri, al-Risalah al-Qushayriyyah, Dar al-Kitab al-^Arabi, hlm. 6.
[4] Abu Hanifah al-Nu^man ibn Thabit, al-Fiqhul-Absat – dikumpulkan dalam Majmu^ Rasa’il Abi Hanifah dengan tahqiq al-Kawthari – , t. pt., hlm. 6.
[5] Muhammad Murtada al-Zabidi, Ithaf al-Sadatil-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 2, hlm. 23.
[6] Ibn Jawzi, al-Bazul-Ashhab al-Munqid ^ala Mukhalifil-Madhhab, Dar al-Jinan, Beirut, hlm. 56.
[7] Ibn Jama^ah, Idah al-Dalil fi Qat^ Hujaj Ahlit-Ta^til, Dar al-Salam, Mesir, hlm. 108.
[8] Abu Ja^far, al-^Aqidah al-Tahawiyyah – disertakan dalam Sharh al-^Aqidah al-Tahawiyyah oleh al-^Allamah al-Faqih ^Abdul-Ghani al-Ghanimi – , Dar al-Fikr, Damsyiq, hlm. 28.
[9] Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban – lihat dalam al-Ihsan bi-Tartib Sahih Ibn Hibban oleh Ibn Balban – , Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, juz. 8, hlm. 4.
[10] Ibn Furak, Mushkil al-Hadith, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, hlm. 57.
[11] Abu Ishaq al-Shirazi, Sharh al-Luma^ – lihat aqidah al-Shirazi di mukadimah kitab ini – , Dar al-Gharb, Beirut, juz. 1, hlm. 101.
[12] Al-Ghazali, Ihya’ ^Ulum al-Din – lihat di bahagian yang bertajuk Kitab Qawa’id al-^Aqa’id di fasal pertama -, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 1, hlm. 108.
[13] Abu Bakr ibn al-^Arabi al-Maliki, al-Qabas fi Sharh Muwatta’ Malik ibn Anas, Dar al-Gharb al-Islami, t. tp., juz. 1, hlm. 395.
[14] Fakhrud-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir – lihat surah al-Shura, ayat 4 – , Dar al-Fikr, Beirut, juz. 27, hlm. 144.
[15] [15] ^Izzud-Din ibn ^Abd al-Salam, Mulhatul-I^tiqad - lihat dalam Tabaqat al-Shafi^iyyah al-Kubra oleh al-Shaykh Tajud-Din al-Subki – , Dar Ihya’ al-Kutub al-^Arabiyyah, Kaherah, juz. 8, hlm. 219. Lihat juga Mulhah fi I^tiqad Ahlil-Haqq oleh Sultanul-^Ulama’ al-Shaykh ^Izzud-Din ibn Abdis-Salam dalam Rasa’il fi al-Tawhid, Dar Fikr al-Mu^asir, Beirut – Dar al-Fikr, Damsyiq, hlm. 11.
[16] Ibn Jama^ah, Idah al-Dalil fi Qat^ Hujaj Ahlit-Ta^til, Dar al-Salam, Mesir, hlm. 103 – 104.
[17] Abu Hayyan al-Andalusi, al-Bahrul-Muhit – lihat surah al-Anbiya’, ayat 19 – , Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, juz. 6, hlm. 302.
[18] Iaitu firman Allah taala: {وله من في السماوات والأرض ومن عنده لا يستكبرون عن عبادته} Maksudnya: “Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya..”
[19] Ibn Hajar al-^Asqalani, Fathul-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 6, hlm. 136.
[20] Al-^Ayni, ^Umdatul-Qari Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 12, juz. 25, hlm. 117.
[21] Al-Suyuti, Sharh Sunan al-Nasa’i, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 1, hlm. 576.
[22] Al-Qastalani, Irshad al-Sari li-Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 15, hlm. 451.
[23] Mulla ^Ali al-Qari, al-Rawdul-Azhar fi Sharh al-Fiqhil-Akbar, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, hlm. 196 – 197.
[24] Ibn ^Allan al-Siddiqi, al-Futuhat al-Rabbaniyyah ^alal-Adhkar al-Nawawiyyah, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 4, juz. 7, hlm. 327.
[25] Al-Zarqani, Sharh al-Zarqani ^ala Muwatta’ al-Imam Malik, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 2, hlm. 36.
[26] Al-Nabulusi, Ra’ihatul-Jannah Sharh Ida’atud-Dujnah, Mustafa al-Babi al-Halabi, Kaherah, 48 – 49.
[27] Muhammad al-Hut, Rasa’il fi Bayan ^Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah, ^Alam al-Kutub, Beirut, hlm. 44.
[28] Al-Ghanimi, Sharh al-^Aqidah al-Tahawiyyah, Dar al-Fikr, Damsyiq, hlm. 68 – 69..
[29] Al-Sharnubi, Sharh Ta’iyyatis-Suluk ila Malikil-Muluk, al-Matba^ah al-Hamidiyyah, Mesir, hlm. 60.
[30] Salamah al-Quda^i, Furqanul-Qur’an bayna Sifatil-Khaliq wa-Sifatil-Akwan, Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, hlm. 93.
[31] ^AbduLlah al-Ghummari, ^Aqidah Ahlil-Islam fi Nuzul ^Isa ^alayhis-salam, Maktabah al-Qahirah, Mesir, hlm. 29.
[32] ^AbduLlah al-Harari, Izharul-^Aqidah al-Sunniyyah bi-Sharhil-^Aqidah al-Tahawiyyah, Dar al-Mashari^ lit-Tiba^ah wan-Nashr wat-Tawzi^, Beirut, hlm. 164 – 165.
Sumber Bank Wahabi
0 komentar:
Posting Komentar