ALLAHU MAUJUD BILLA MAKAAN ( ALLAH ADA TANPA TEMPAT )
pasal 1
Penjelasan
Bahawa Allah Maha Suci Dari Sifat Duduk Dan Bertempat
Dengan Dalil-Dalil Al-Quran, Hadis, Ijmak Dan Akal
Penjelasan
Bahawa Allah Maha Suci Dari Sifat Duduk Dan Bertempat
Dengan Dalil-Dalil Al-Quran, Hadis, Ijmak Dan Akal
1. Dalil al-Quran
“Tiada suatupun yang sama seperti-Nya” [Surah al-Shura, ayat 11]
Al-Imam al-Qurtubi berkata ketika mentafsir ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[1]:
“Dan sesungguhnya sebahagian ulama muhaqqiqin telah berkata: “Tauhid itu ialah penetapan suatu zat yang tidak menyerupai zat-zat yang lain dan tidak menafikan sifat-sifat, al-Wasiti menambah suatu penjelasan dengan berkata: “Tiada suatu zat pun seperti zat-Nya, tiada suatu perbuatan pun seperti perbuatan-Nya dan tiada suatu sifat pun seperti sifat-Nya melainkan dari segi persamaan lafaz… Dan ini semuanya ialah mazhab Ahlul-Haqq was-Sunnah wal-Jama'ah radiyaLlahu 'anhum”. Intaha.
Allah taala berfirman:
“…apakah engkau mengetahui ada suatu yang sama dengan Dia?” [Surah Maryam, ayat 65]
Al-Imam al-Qurtubi mentafsirkan ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[2]:
“Ibn 'Abbas berkata: “Firman Allah taala itu bermaksud: “Adakah engkau mengetahui Dia ada anak yakni sebanding atau semisal dengan-Nya?”.
Allah taala berfirman:
“…dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya”. [Surah al-Ikhlas, ayat 4]
Antara sifat ketidaksamaan Allah dengan sesuatu selain-Nya ialah
sifat kewujudan-Nya yang tidak pernah didahului dengan ketiadaan dan
tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya. Dengan kata lain, tiada suatupun
yang wujud tanpa didahului oleh ketiadaan melainkan Allah SWT Oleh
karena itu, Allah telah wujud sebelum selain-Nya wujud. Inilah yang disebut
sebagai azali atau keazalian. Ini berdasarkan firman Allah taala:
“Dia-lah Yang Maha Awal”. [Surah al-Hadid, ayat 3]
Ayat 3 surah al-Hadid di atas ditafsirkan dengan dalil hadis yang menyusul di bawah.
2. Dalil Hadis
“Allah ada azali dan selain-Nya tiada pun”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Bayhaqi]
Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani (w. 852 H) menguraikan hadis di atas dalam kitabnya Fathul-Bari dengan katanya[3]:
“Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”. Intaha.
Justru, Allah taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada
suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada suatu air pun, tiada suatu
udara pun, tiada suatu bumi pun, tiada suatu langit pun, tiada suatu
Kursi pun, tiada suatu Arasy pun, tiada suatu manusia pun, tiada suatu
jin pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu tempat pun dan tiada
suatu masa pun bersama keazalian-Nya! Oleh karena itu, Allah taala wujud
sebelum kewujudan tempat tanpa suatu tempat, dan Dia-lah yang telah
mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat pun kepada
ciptaan-Nya.
Rasulullah sallaLlahu 'alayhi wa-sallam bersabda:
“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
Al-Hafiz Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (w. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma’ wa al-Sifat[4]:
“Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripada Allah taala dengan sabdaan Nabi : ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)). Dan jika tiada suatupun di atas-Nya dan tiadapun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun”. Intaha.
Kaum muslimin telah bersepakat bahawa Allah taala tidak bertempat di
suatu tempat, tidak diliputi oleh semua tempat, tidak mendiami langit
dan tidak juga mendiami Arasy kerana Allah taala wujud sebelum
kewujudan Arasy, langit dan tempat. Allah taala mustahil berubah dari
suatu keadaan kepada suatu keadaan dan dari suatu sifat kepada suatu
sifat kerana perubahan keadaan dan sifat adalah sifat makhluk. Oleh karena itu,
Allah taala wujud dengan kewujudan yang azali tanpa suatu tempat pun,
dan selepas Dia mencipta tempat Dia masih wujud tanpa bertempat.
Ketahuilah bahwa para ulama yang terdiri daripada ahli hadis, ahli
fiqh, ahli tafsir, ahli bahasa Arab, ahli usul, para ulama empat mazhab
iaitu mazhab-mazhab Shafi'i, Hanafi, Maliki dan Hanbali – kecuali tokoh
mazhab yang berpegang dengan aqidah tajsim – , ulama sufi yang benar semua mereka ini berpegang dengan aqidah yang mensucikan Allah dari tempat.
diantara ulama yang membawa nukilan ijmak Ahlus-Sunnah di atas aqidah
yang mensucikan Allah taala dari tempat ialah al-Imam Abu Mansur 'Abdul-Qahir ibn Tahir al-Baghdadi (w. 429 H) dalam kitabnya al-Farq baynal-Firaq[5]:
“Dan mereka – yaitu Ahlus-Sunnah wal-Jama'ah – berijmak bahawa Dia – yaitu Allah – tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak dilalui pada-Nya oleh suatu masa”. Intaha.
Al-Shaykh Imamul-Haramayn Abul-Ma'ali 'Abdul-Malik ibn 'AbduLlah
al-Juwayni al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 478 H) menjelaskan ijmak tersebut
dalam kitabnya al-Irshad[6]:
“Dan mazhab Ahlul-Haqq bersepakat bahawa Allah subhanahu wa-ta'ala disucikan dari sifat mengambil tempat atau ruang dan disucikan dari sifat pengkhususan dengan arah”. Intaha.
4. Dalil Akal
Allah taala berfirman:
“Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”. [Surah al-Mulk, ayat 10]
Akal di sisi ulama tauhid adalah saksi bagi syarak dan bukanlah asal
bagi agama. Oleh karena itu, para ulama tauhid tidak berbicara tentang hak
Allah taala semata-mata bergantung kepada akal, bahkan mereka berbicara
tentang perkara ini dari sudut pendalilan dengan akal berdasarkan
perkataan yang sahih daripada Rasulullah sallaLlahu 'alayhi wa-sallam. Justru, akal yang sejahtera tidak keluar dari perkara yang dibawa oleh syarak dan tidak saling bertentangan.
Dalil akal yang menunjukkan bahwa Allah taala itu maha suci dari
tempat ialah jika akal bisa menerima bahwa Allah taala wujud tanpa
bertempat sebelum penciptaan segala tempat, maka pastilah akal juga
bisa menerima bahwa Allah taala juga wujud tanpa bertempat selepas
penciptaan tempat dan ini bukanlah suatu penafian kewujudan Allah taala.
Perubahan keadaan dan sifat itu mustahil berlaku kepada Allah taala
kerana perubahan adalah bukti kebaharuan (kewujudan yang didahului oleh
ketiadaan) yakni kemakhlukan. Kebaharuan atau kemakhlukan pula menafikan
sifat ketuhanan. Iktikad tidak berdiri di atas perkara yang ditanggap
oleh sangkaan, tetapi berdiri tegak di atas perkara yang boleh ditanggap
oleh akal yang waras lagi sehat yang merupakan saksi kepada syarak.
[2] Ibid, jil. 6, juz. 11, hlm. 54.
[3] Ibn Hajar al-^Asqalani, Fathul-Bari, Dar al-Rayyan, Kaherah, juz. 6, hlm. 334.
[4] Al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fil-^Arsh wal-Kursi, Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, hlm. 400.
[5] Al-Farq baynal-Firaq, Dar al-Ma^rifah, Beirut, hlm. 333.
[6] Al-Juwayni, al-Irshad ila Qawati^il-Adillah fi Usulil-I^tiqad, Mu’assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, Beirut, hlm. 58.
0 komentar:
Posting Komentar