Al-Hafiz Abu Bakr Muhammad ibn al-Walid ibn Khalaf al-Turtushi al-Andalusi al-Maliki (w. 520 H) berkata dalam kitab beliau al-Du^a al-Ma’thur wa Adabu-hu[1]:
واعلم
أن الحق سبحانه وتعالى يتصف بالقرب من العبد والعبد يتصف بالقرب من الحق
سبحانه وتعالى, فأما قرب الحق من العبد بالذات فتعالى الملك الحق عنه, فإنه
متقدس عن الحدود والأقطار والنهاية والمقدار, ما اتصل به مخلوق, ولا انفصل
عنه حادث مسبوق, جلت الصمدية عن قبول الفصل والوصل, فقربه كرامته وبعده
إهانته" اهـ.
Maknanya: “Dan ketahuilah bahawa [Allah] al-Haqq – subhana-hu wa ta'ala – disifatkan dekat dengan hamba, dan hamba juga disifatkan dekat dengan [Allah] al-Haqq subhana-hu wa ta'ala. Maka
adapun kedekatan [Allah] al-Haqq dengan hamba dengan zat maka [Allah]
al-Malik al-Haqq maha suci darinya, maka sesungguhnya Dia [Allah]
diquduskan dari sekalian batas, tempat, kesudahan dan ukuran, tiada
sebarang makhluk pun bersambung dengan-Nya dan tiada sebarang perkara
baharu yang terkemudian pun terpisah daripada-Nya. Sifat Samadiyyah
[sifat kekayaan Allah] maha suci dari menerima sifat terpisah dan sifat
bersambung. Maka kedekatan-Nya itu adalah kemuliaan-Nya dan
kejauhan-Nya adalah penghinaan-Nya”. Intaha.
[1] Al-Du^a’ al-Ma’thur wa Adabu-ha, Dar al-Hadith, Kaherah, t. th., hlm. 91.
0 komentar:
Posting Komentar