Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa
saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang
bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur
(bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat
pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku
dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah
umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum
umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas
(membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan
berkata:
“Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami
bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan
oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas
ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari
kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama
seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan
mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian
syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad
SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan
aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan
gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad
SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang
baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula,
kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW
berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut
baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati,
tiada lagi bangunan.
Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya
kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” Baginda SAW
bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut!
Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari
pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku
Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril
as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak
di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.
Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh
bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda:
“Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan
mensyafaatkan umatku.” Jibril as berkata kepada baginda SAW:
“Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan
Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW.
Buraq cuba meronta-ronta.
Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak
malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala?
Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia
mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.
Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam
keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan
syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.” Setelah
berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia
melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.
Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi
dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai
tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput,
rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus!
Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari
dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha
Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau
sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh
makhluk.
Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas
bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang
sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah
tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan
tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa
roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau
sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni
kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka.
Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur!
Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk
dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada
tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar
untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi
pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya
sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir
Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti
belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW
merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke
arah mereka.
Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: “Wahai
sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang
telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam
keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa
satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang
terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!”
Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW
berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata:
“Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata:
“Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu
bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat
dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan
mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah
Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda
SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis
serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai
Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim
memikul kezaliman mereka.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di
sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan
demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di
mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta
alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui
sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?” Jibril
as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada
kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan
di hadapanKu.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu
berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan
kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya
lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan
kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana
terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin
mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan
Allah Taala.
Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu
baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi
kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala
terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas
setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan
memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa
yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik,
penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai
Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah
ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan.” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala
telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik
bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata:
“Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka
mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila
mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah
neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.
Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang
yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal
mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka
(semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata
darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut.
Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.
Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang
mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as.
Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru:
“TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah
kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku
pada hari ini.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat
Kekasih mengazab kekasihnya.” Nabi Musa as datang. Baginda
bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku
tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku
Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Isa as datang
di dalam keadaan menangis.
Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku.
Penguasaku. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan
diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Suara jeritan
dan tangisan semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku.
!Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku
dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah
yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku!
Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah
mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku!
Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar
dengan penyeksaan.” Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar
di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari
dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan
hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku!
Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat
demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah Taala telah
menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah
dihampirkan dengan kepala makhluk.” I
bnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga
mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak
seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan
yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap
umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi
sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali,
baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk
untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah
dan tangisannya.
Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan
Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada
suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW
dapati, dia sedang menangis.”
Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan
dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman
Allah Taala.” “Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan
mengkhianati walau seorang daripada mereka.” L
alu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata
hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat.
Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan
dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang
mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.” Fatimah r.h. berkata:
“Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu,
setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah
mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di
hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.” ( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari
kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda SAW menjawab: “Kamu akan
menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di
telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat
sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan
Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut:
“Aamiin.”
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu
berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu
sembah.” Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka
sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu
menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang
menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri
di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”
Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak
mengikuti orang yang kamu sembah?” Mereka berkata: “Kami tidak
menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?” Mereka
menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat
Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu
malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita
pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan. 1. Kumpulan orang tua
yang menjerit-jerit. 2. Kumpulan pemuda. 3. Wanita yang
bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi
didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat.
Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar
Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat.
Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi
adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai
dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka.
Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata: “Kami
adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka
sembah. Hanya tinggal kami sahaja.
Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula,
cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu
tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami
dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk
dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam
terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang
telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka
menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami,
Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di
antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli
neraka ke neraka.” Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk
dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan.
Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah
Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di
dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut
dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan
darinya!”
Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah
membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari
kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang
lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana
menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku
takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian.
Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah
Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku
Mariam.” Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk.
Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini
umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara
Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata
kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka
berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda:
“Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak
melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa
memohon kepada Allah Taala untukmu!” Umat Nabi Muhammad SAW
berkumpul di sisinya. T
erdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!”
Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah
memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman
kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke
neraka!” Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: “Setiap seribu lelaki kamu hantarkan
seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak
melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku
akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah
janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang
yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam!
Berhentilah di sisi Mizan (timbangan).
Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya
walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa
perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi
mereka, satu kejahatan dengan satu dosa.
Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu
mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam
neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa
bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama
bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau
Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat Allah Taala menyeru:
“Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di
atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru:
“Wahai Muhammad!
Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari
Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia
akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang
yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan
agar berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik!
Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari
umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan
gementar apabila melihatmu.” Malaikat Malik memalingkan mukanya
dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan
kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu
bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat
ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.
Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.
Kumpulan yang kelima berlari.
Kumpulan keenam berjalan.
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat.
Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad SAW
berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari
umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya
dan membangunkan dia kembali.
Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana
terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka
akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!” Nabi Muhammad SAW berkata:
“Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka”!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat.
Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di
pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan
dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui.
Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika
umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh.
Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan
mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan
cerek serta tuala dari sutera.
Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat.
Mereka memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak
yang belum melihat ibu dan bapa mereka.
Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku
mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul.
Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di
dunia.” Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu
terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat
dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata:
“Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya
dan menyatukan kami dengan mereka.” Demikianlah! Orang yang
melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama
oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki
mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di
kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di
hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian
berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri
pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.
Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak
ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan
bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar
mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di
belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita
memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini
dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.
0 komentar:
Posting Komentar